Sunday 15 April 2012

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna



  1. apabila mendengar AZAN, maka bangunlah sembahyang serta merta
    walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. bacalah ALQURAN  , tatapilah buku2 ilmu, pergilah ke majlis2 ilmu,
    amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara
    yang tidak memberi faedah.
  3. berusahalah untuk bertutur dalan BAHASA ARAB kerana bahasa arab
    yang betul itu adalah syiar islam.
  4. janganlah BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
    pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
  5. janganlah banyak KETAWA kerana hati yang berhubung dengan Allah
    itu sentiasa tenang lagi tenteram
    .
  6. janganlah banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang
    itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara .
  7. janganlah bercakap lebih NYARING daripada kadar yang dikehendaki
    oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang
    malah menyakiti orang
    .
  8. jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang , mengecam pertubuhan2
    dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan .
  9. BERKENAL-KENAL lah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas
    gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.
  10. KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA yang ada pada kita.
    oleh itu , gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
    perlaksanaanya.